Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras mana pun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan diatas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.
Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilihnya. Situasi ini sudah terang-terangan menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdampingan dengan mu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan, tetapi ia atas dasar cinta yg sebenar. Betapa beruntungnya kamu….
Dan pengorbanan paling besar sekali gus menjelaskan sekali lagi betapa dia menyayangi kamu apabila teman lelakimu lebih mementingkan kamu dari dirinya sendiri. Asalkan kamu rasa selesa & berasa selamat setiap kali bersama dirinya.